21 November 2014

KD Tun Razak Laksanakan Uji Coba Penembakan Torpedo Black Shark

21 November 2014


Krew-krew bantuan dari Markas Angkatan Kapal Selam (MAKS) TLDM sedang melaksanakan pemunggahan masuk torpedo Black Shark ke dalam KD TRZ. (all photos : TLDM)

Kejayaan Penembakan Torpedo Black Shark Meningkatkan Keyakinan Rakyat


KD TRZ berada pada kedalaman periskop bersedia untuk melaksanakan penembakan torpedo Black Shark (all photos : TLDM)

KOTA KINABALU – Kapal Selam KD TUN RAZAK (KD TRZ) telah berjaya melaksanakan penembakan torpedo Black Shark di Perairan Laut China Selatan (LCS) pada jam 11.13 pagi tadi. Penembakan yang dilancarkan dari aset strategik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ini telah berjaya mengenai sasaran permukaan iaitu sebuah feri penumpang yang telah diubah suai untuk tujuan tersebut. Torpedo yang dilancar pada jarak yang telah ditetapkan ini tepat mengenai dan memusnahkan serta menenggelamkan sasaran tersebut.



Penembakan kali ini telah melakarkan sejarah, apabila buat julung kalinya kapal selam negara melaksanakan penembakan torpedo semenjak kapal selam pertama negara KD TUNKU ABDUL RAHMAN (KD TAR) tiba di Pelabuhan Klang pada 3 September 2009. Selain itu, penembakan ini merupakan penembakan yang julung kalinya bagi torpedo Black Shark semenjak diperkenalkan oleh syarikat pengeluar torpedo Whitehead Alenia Sistemi Subacquei (WASS) dari Itali.



Operasi penembakan ini melibatkan aset bantuan dari perkhidmatan TLDM dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sebagai aset untuk keselamatan kawasan, tim sasaran, rakaman dan analisis. 



Antara aset TLDM yang terlibat ialah KD JEBAT, KD TERENGGANU, KD KASTURI, KD LAKSAMANA TAN PUSMAH, helikopter Fennec, kapal penyelamat kapal selam MEGA BAKTI dan Bot Tempur CB 90 serta Tim Penyelam, sementara TUDM yang turut terlibat ialah pesawat B 200T dan EC 725.



Setiausaha Bahagian Pembangunan (SUB PEMB) KEMENTAH, Tuan Haji Mohd Shahbudin bin Ibrahim dan Panglima Armada, YBhg Laksamana Madya Dato’ Mohamad Roslan bin Mohamad Ramli hadir menyaksikan penembakan ini dari platform pesawat EC 725 di Perairan Laut China Selatan.



Eksesais penembakan torpedo yang dinamakan Op BARRACUDA 1/2014 ini dikelolakan oleh Panglima Angkatan Kapal Selam, YBhg Laksamana Muda Abdul Rahman bin Hj Ayob selaku Pengarah Eksesais. Kejayaan penembakan ini membuktikan keupayaan saling khidmat (interoperability) antara elemen dalam ATM.



Kejayaan ulung penembaan torpedo Black Shark ini turut mengesahkan keupayaan sebenar kapal selam negara, malah secara langsung telah membuktikan kesiapsiagaannya yang tinggi dalam menghadapi peperangan tiga dimensi iaitu peperangan bawah permukaan, aras permukaan dan anti-udara. Selain itu juga, kejayaan ini dapat meningkatkan keyakinan rakyat kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) khasnya TLDM dalam mempertahankan kedaulatan maritim negara.

(TLDM)

5 komentar:

  1. walaupun militernya kuat spt malaysia, kalau masyarakatnya tdk mentaati hukum internasional dg mencuri ikan dinegara tetangga dan negara yg dicuri pati akan bertindak utk menenggelamkan nelayan2 pencuri ikan tsb

    BalasHapus
  2. Seperti mana rakyat indonesia yg msuk secara ilegal ke malaysia?

    BalasHapus
  3. jumlah pencuri ikan ikan dr malaysia jauh lebih kecil dari jumlah TKI yg masuk secara illegal ke sini.. Meraka itu pencuri apa?.. Yang sudah mampus di pistol polisi juga sudah ramai.. kerana apa?..

    BalasHapus
  4. Lontong mahatir kena silit abduloh badawi..# boooom...

    BalasHapus
  5. Seperti TKI yg pada jadi lontea jual pantat.....menyalahi aturan malaysia

    BalasHapus